BUBUR ASYURAA’

BUBUR ASYURAA’ merupakan salah satu Jenis makanan yang disajikan pada peringatan 10 Muharram. Asyura berasal dari bahasa Arab “Asyrah” yang berarti sepuluh. Jadi Asyura adalah hari kesepuluh dari bulan Muharram.

Bahwa Asyura merupakan hari/bulan untuk meninggalkan kejahatan, bulan berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa, Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan yang dimasak itu ialah bubur. Guna merayakan hari tersebut terlihat rangkaian kegiatan yang sering diadakan oleh orang-orang pedesaan yang tergolong ekonomis mampu, untuk mengundang dan memberi makan anak-anak yatim dan/atau piatu yang ada di sekitar tempat kediamannya. Upacara tersebut berlangsung pada waktu sore hari sekitar pukul 16.00 Wib tanggal 10 Muharram. Bubur dimasak bercampur dengan kacang-kacangan, berbagaima  rencah dan  bumbu-bumbu lainnya, diantaranya kacang hijau, kacang merah, kacang hitam, kacang kuning, kacang tanah, kacang kuda, jagung, kacang putih, keledek, ubi, kentang biji nangka, biji durian, biji cempedak, udang, daun sop, bawang goreng, Nio gula (kelapa parut disangrai lalu digiling halus), dengan bumbu yang dihaluskan.