CORAK MELAYU DARI TUMBUH-TUMBUHAN

1.Bunga

Corak bunga jumlahnya relatif banyak. Di antaranya ialah bunga bakung, bunga melati, bunga kundur, bunga mentimun, bunga hutan, bunga kiambang, bunga cengkih, bunga setaman, bunga serangkai, bunga berseluk, bunga bersanggit, bunga sejurai, bunga kembar, bunga tunggal, kembang selari, bunga-bungaan, dan lain-lain.

2. Kuntum

Corak kuntum, antara lain ialah, kuntum tak jadi, kuntum merekah, kuntum serangkai, kuntum bersanding,kuntum kembar, kuntum berjurai, kuntum jeruju, kuntum setanding, kuntum tak sudah, kuntum sejurai, dan sebagainya.

3.Daun

Corak daun, diantaranya ialah, daun bersusun, daun sirih, daun keladi, daun bersanggit bunga, susun   sirih pengantin, susun sirih sekawan, daun berseluk, dan lain-lain.

4.Buah

Corak yang bersumber dari buah juga banyak terdapat dalam ragam hias Melayu Riau. Di antanya ialah tampuk manggis, buah hutan, buah delima, buah anggur, buah serangkai, pisang-pisang, pinang-pinang, buah kesenak, buah mengkudu, delima merekah, dan lain-lain.

5.Akar-akaran

Corak yang berasal dari akar-akaran, antara lain, ialah kaluk pakis atau kaluk paku, akar bergelut, akar melilit, akar berpilin, akar berjuntai, akar-akaran, belah rotan, pucuk rebung, dan sebagainya.